PELUANG BISNES DARI RUMAH

Thursday, March 18, 2010

Segalanya kerna Wang Bapak!

Dialog dalam filem Anakku Sazali arahan Tan Sri P.Ramlee. tetapi latarnya tidak serupa dengan dunia sekarang.Ungkapan yang sama,namun kita harus akui sekarang dunia wang.Bukan kita mengagungkan wang,namun keperluannya amat mempengaruhi perjalanan kehidupan kita.
Pelbagai usaha kita lakukan,ada yang betul ada yang tidak. Sebagai Hamba Allah, sesungguhnya kita diberi akal fikiran untuk menilai sesuatu yang betul atau salah kerana matlamat kita adalah Akhirat. Allah menyuruh kita supaya memajukan diri dengan Ilmu dan Allah suruh hambanya supaya berusaha dengan cara yang betul untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Jadi,tidak salah dalam dunia ini kita terus mengejar kejayaan seiring untuk kejayaan di akhirat.
Rezeki yang Allah berikan melimpah ruah dan ada yang jelas di mata dan ada yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar kita. Tetapi apa yang pasti,sekeliling kita adalah rezeki yang sukar kita tafsirkan dan selalunya kita abaikan.
Kepada mereka yang merasa hidup mereka kurang diberi rezeki,bersabar dan renunglah seketika hingga kita rasa bersyukur dengan apa yang ada. kurangkan keluhan kerana setiap perkara pasti ada hikmahnya. Sebaik-baiknya,keluhan itu kita tukarkan kepada usaha yang gigih,yang berterusan dan bersungguh-sungguh.
Jadi,kita teruskan perjuangan kita. Kita perlu majukan diri kita supaya kita terus dapat bersaing dalam dunia yang penuh keistimewaan dan cabaran ini. Zaman dah berubah kawan-kawan..